Monday 20 June 2011

SAIFULLAH-PEDANG ALLAH


Assalamualaikum....arini hamba yang dhaif lagi fakir ini ingin berkongsi serba sedikit cerita tentang seorang pejuang Islam yang mendapat gelaran SAIFULLAH. sape lagi kalau bukan Panglima Khalid B Walid. Dengan izin ALLAH SWT dan ketajaman akal ( strategi) serta keberanian yang ditunjukkan oleh beliau, Alhamdulillah Islam berkembang sehingga ke semenanjung arab. Dengan tumbang nye empayar parsi dan hirah telah membuktikan betapa kepimpinan Panglima Khalid B Walid amat berkesan. Tetapi apa yang membuatkan hati hamba sangat tertawan dengan nya adalah kerana sifat rendah diri dan taqwanya pada Sang Pencipta sangat tebal didalam dirinya.kalau sebelum islam nya, dia sangat memusuhi Rasulullah dan orang islam. tetapi selepas islamnya dia, seluruh hidupnya di taruhkan untuk berjihad de jalan Allah demi mengembangkan agama tauhid ini.SubahannaALLAH....

walaupun beliau telah dipecat jawatan selepas kewafatan khalifah Saidina Abu Bakar As Siddiq, tetapi beliau tetap meneruskan usaha jihadnye demmi menegakkan kalimah tauhid. semua dilakukan kerana Allah. betapa beliau amat menyintai agama ini. Kita pula bagaimana?tepuk dada tanya diri.

teringat kata-kata yang pernah di ucapkan oleh Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang berbunyi " sebaik-baik hamba ALLAH dan saudara dalam satu suku kaum iaitu Khalid Bin Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"-Abu Bakar As-Siddiq..

betapa kecekapan dan keberanian serta tahap kepimpinan yang tinggi yang ditunjukkan oleh PANGLIMA KHALID BIN WALID telah mengerunkan lawan. beliau dihormati lawan dan kawan.

" tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Bin Walid."

-saidina Abu Bakar As-Siddiq, khalifah islam pertama

begitulah pandangan beberapa tokoh besar tentang Panglima Khalid Bin Walid. hari ini umat islam yang suatu tika dulu gagah telah di injak-injak dan dihina dengan terok nya oleh musuh-musuh islam. di mana pahlawan seperti Khalid Bin Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Tariq Bin Ziyad, Sultan Salahuddin AlAyubbi? dimana..??mana silapnya kita pada hari ini..

izinkan hamba memtik sebutir mutiara kata dari Panglima tersohor ini. " Apa sahaja yang kita miliki di dunia ini hanya bersifat sementara. kita mesti reda kerana semua yang terjadi adalah dengan izin tuhan". lihatlah bertapa tingginya perketi beliau. beliau adalah panglima kepercayaan Rasulullah SAW. jadi kalau nak tau lebih lanjut tentang beliau boleh la membaca buku Abdul Latip Talib- Khalid memburu syahid.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia