Sunday 3 March 2013

Jerat Percintaan-Mohram

SATAY AYAM RESEPI BONDA

assalammualaikum...kami syarikat AlWalid frozen food kini menggeluarkan suatu lagi produk baru...SATAY AYAM RESEPI BONDA..untuk tempahan bolehla menghubungi saya..0139212632

Tuesday 18 September 2012

AYAM ORGANIK HIJRAH

1ST DALAM MALAYSIA AYAM ORGANIK TERAPI ALQURAN..
Apa itu Ayam Hijrah???????? Ayam hijrah ialah 1.ayam yang diterapi al-Quran.. 2. diproses mematuhi syariah 100% 3. konsep proses 9P P1. Pemilihan ayam Terbaik.. P2. Penyembelihan Terbaik P3. Pembersihan darah dan bulu P4. Pembuangan isi Perut dan najis P5. Proses Celur bersih P6. Pembuangan bulu P7. Pemotongan kpd 8 bahagian P8. Penyucian darah dan lemak P9. Pembungkusan P10. Penyejukbekuan P11. Penghantaran Setelah semuanya siap diproses dan disimpan dalam coldroom ayam akan diterapi dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dan Ruqyah ayat-ayat Syifa'... Insya Allah..Keberkatan Al-Quran yang Allah janjikan dengan rahmat, petunjuk, penawar bagi seluruh alam akan dapat kita nikmati dengan amalan makan ayam yang kita TERAPI dengan AL-Quran............. AYAM hijrah DENGAN KATA-KATA...Makanlah SAYA Tanpa was-was..Insya Allah BERKAT.......... Ayam kami..memberikan anda.. 1. Jimat masa.. 2. Jimat Wang 3. Jimat Tenaga 4. Lebih segar 5. Lebih Sihat 6. Halalan Toyyibaa sepenuhnya.......... Untuk menjalankan Dakwah penyebaran ayam Hijrah keseluruh ummat manusia.. anda boleh hubungi kami.. 0139212632--jamal

Wednesday 29 August 2012

Jasa Bonda



Satu lagi lagu untuk menghargai jasa-jasa seorang Ibu, seorang Murabi, seorang Rakan, seorang Teman dan apasaja..Terlalu Banyak JASA IBU yang tidak dan mustahil untuk kita balasi..Tetapi mengapa apabila kita sudah senang dan begitu mudah kita melukakan dan melupakan pengorbanan mereka selama ini..!!!..Mereka kita hantar ke rumah orang-orang tua..??Apakah tergamaknya diri kita berlaku sedemikian rupa kepada mereka..
 Sudah lupakah kita ketika mereka ingin tido lena disebelah ayah, kita menangis kerana sakit,kerana lapar..mereka BANGUN untuk meredakan kita...Dimana rasa kasih kita kepada mereka..???JADI HARGAI MEREKA...

Ibu-Aiman with lyrics



Salam eid Dulfitri 1433H ya sahabat semua..semoga kalian semua berada didalam lindungan ALLAH SWT..marilah menghayati dan merenungi lagu ini, walaupun ia  hanya sekadar sebuah lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil tetapi ia membawa seribu makna yang mendalam..Hargailah ibu selagi mereka  masih  bernafas didunia ini ,taatilah mereka selagi tidak bertentangan dengan suruhan ALLAH SWT.. Cintailah & taatilah KEDUA ORANG TUAmu selagi mereka masih diberikan kesempatan diatas dunia ini..Ingatlah apabila mereka sudah dijemput penyesalan sekalipun menangisi air mata darah sudah tidak bererti.. Lagu ini khas untuk ibu-ibu muslimah dan solehah diluar sana.."TERIMA KASIH IBU KU..DENGAN IZIN ALLAH SWT KU BERDOA AGAR DIRIMU DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG  YANG BERIMAN DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH SWT..AMIN YA RABBALALAMIN..."

p/s: from kerteh by Kerispusaka ( arwah ibu ana telah kembali menghadap Penciptanya pada 04/08/2009..semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh para solehin..AlFatihah..)

Wednesday 18 July 2012

LAKARAN PENA...PERINGATAN BAGI YANG LUPA..

Di awalan garapan pena ini marilah kita menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t sebagai tanda terima kasih kita kepada-Nya. Disamping itu marilah kita terus bertakbir,bertahmid, tasbih, takdis serta memuja dan memuji Dia sehingga hati ini tidak sesaatpun melupakan Nya. Sewajarnya itu yang dirasakan memandangkan kurniaannya ke atas kita tidak terhitung banyaknya.
Tidak ada pada diri kita ini milik kita. Semuanya itu adalah milik Allah swt. Dia hanya memberi pinjam kepada kita untuk seketika waktu. Sekiranya Dia mahu, Dia akan ambil kembali. Sebab itu apa saja yang disekeliling kita ini sebenarnya bukan kita yang punya. Sedarilah hakikat ini untuk kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. Selawat dan salam kepada junjungan yang mulia Rasulullah s.a.w Baginda telah pergi menemui kekasihnya sejak 1400 tahun yang lalu meninggalkan warisan yang amat berharga dan tidak ternilai. Ditinggalkannya untuk kita, untuk kita hayati dan untuk kita perjuangkan dalam hidup didunia yang sementera ini. Ia bukanlah wang ringgit,bukan juga pangkat dan harta tetapi ia adalah iman dan Islam. Kedua-duanya terkandung di dalam AlQuran dan RasulNya. Marilah kita pelihara dengan menghayatinya sesungguh-sungguhnya. Tiada apa yang dapat kita selamatkkan dari hidup di dunia dan menempah azab di neraka kecuali kita amalkan sungguh-sungguh ajaran alQuran dan Sunnah Rasulullah saw.
Marilah kita menghayati qalam Allah swt..( surah Yunus: ayat: 26) "Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik ( surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutup debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni surga, mereka kekal di dalamnya" Demikian janji Allah s.w.t kepada mereka yang berbuat baik iaitu meninggalkan segala larangannya dan menekuni segala suruhannya. Maka balasan yang setimpal dengan amalan itu ialah syurga. Oleh itu, jadikanlah penghidupan di syurga itu sebagai idaman dan cita-cita kita, ketika di dunia ini lagi. Tiada lagi tempat yang lebih selamat, aman dan bahagia kecuali di syurga. Dan bersedialah kita menjadi insan yang bertaqwa mulai detik ini dan hari-hari yang mendatang. Nasihat dan peringatan ini juga adalah untuk diri ana khususnya. Mudah-mudahan apa yang ana garapkan ini dapat ana amalkan sehingga akhir hayat, InsyaAllah. Sehubungan dengan itu sekali lagi Allah swt memberi kekuatankepada ana untuk mencoretkan serba sedikit di blog ini. Sahabat sekelian dewasa ini umat Islam seluruh dunia menghadapi tekanan, penindasan,penghinaan dan kezaliman yang tiada henti-hentinya dari golongan kufar dan musyrik. Perasaan dan rintihan umat islam tiada siapa menghiraukan lagi, malah ada umat islam sendiripun turut membutakan mata dan memekakkan telinga mereka. Umat Islam sendiri sanggup melihat saudara seagama mereka disembelih,dicincang lumat,diperkosa dan diperlakukan sebagai binatang.Bantahan dan protes bagaikan hanya cerita-cerita nove dan cerpen di media-media massa semata-mata.Sedangkan tindakan itu hanya angan-angan dan impian saja. Inikah zaman yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu??
Bukti dan tanda-tanda zaman itu semakin nyata dan jelas. Tiada yang dapat kita ragukan. Memang benar,umat Islam hari ini telah cinta dunia dan takut mati. Dalam hati mereka telah hilang kemanisan iman, cahaya kebenaran dan hakikat kehidupan di akhirat. Jesteru itulah sesama umat Islam tiada lagi sikap bertolong-tolong sebaliknya bercakaran dan berbantah-bantah. Akhirnya kaum kufar mudah sekali menguasai kekayaan umat Islam diseluruh dunia.
Inilah tragedi yang amat menyedihkan hati Rasulullah s.a.w, hati-hati yang cintakan kedamaian, hati yang merindui syurga dan mengeruni neraka. Memang suara hati ini tidak lagi didengari oleh manusia kerana suara hati ini akan didakwa mengajak manusia kepada zaman kemunduran dan kejahilan. Hakikatnya ramai umat Islam jahil tentang kebenaran kerana digelapkan oleh kebendaan dan kemewahan hidup dunia. Meskipun demikian yang mereka mahukan tetapi belum ada kejayaan dan keagungan yang dicapai oleh mereka. Apa yang terjadi, ada tanah dirampas oleh kaum kufar. Umat Islam jadi pelarian di negara orang. Ada kekayaan dikuasai mereka. Akhirnya segala hak milik umat islam ditentukan oleh mereka. Apakah ini dinamakan kemerdekaan???kebebasan??kegemilanagan??. Jadi sebelum segala-galanya berlaku lebih hina dan dasyat lagi maka marilah kita kembali kepada Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w Inilah jalan pulang yang bukan meninggalkan segala kekayaan dunia, kemasyuran pangkat dan singgahsana tetapi meletakkan diri kita mulia dimata manusia dan dikasihi ALLAH SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia