Wednesday 18 July 2012

LAKARAN PENA...PERINGATAN BAGI YANG LUPA..

Di awalan garapan pena ini marilah kita menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t sebagai tanda terima kasih kita kepada-Nya. Disamping itu marilah kita terus bertakbir,bertahmid, tasbih, takdis serta memuja dan memuji Dia sehingga hati ini tidak sesaatpun melupakan Nya. Sewajarnya itu yang dirasakan memandangkan kurniaannya ke atas kita tidak terhitung banyaknya.
Tidak ada pada diri kita ini milik kita. Semuanya itu adalah milik Allah swt. Dia hanya memberi pinjam kepada kita untuk seketika waktu. Sekiranya Dia mahu, Dia akan ambil kembali. Sebab itu apa saja yang disekeliling kita ini sebenarnya bukan kita yang punya. Sedarilah hakikat ini untuk kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. Selawat dan salam kepada junjungan yang mulia Rasulullah s.a.w Baginda telah pergi menemui kekasihnya sejak 1400 tahun yang lalu meninggalkan warisan yang amat berharga dan tidak ternilai. Ditinggalkannya untuk kita, untuk kita hayati dan untuk kita perjuangkan dalam hidup didunia yang sementera ini. Ia bukanlah wang ringgit,bukan juga pangkat dan harta tetapi ia adalah iman dan Islam. Kedua-duanya terkandung di dalam AlQuran dan RasulNya. Marilah kita pelihara dengan menghayatinya sesungguh-sungguhnya. Tiada apa yang dapat kita selamatkkan dari hidup di dunia dan menempah azab di neraka kecuali kita amalkan sungguh-sungguh ajaran alQuran dan Sunnah Rasulullah saw.
Marilah kita menghayati qalam Allah swt..( surah Yunus: ayat: 26) "Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik ( surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutup debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni surga, mereka kekal di dalamnya" Demikian janji Allah s.w.t kepada mereka yang berbuat baik iaitu meninggalkan segala larangannya dan menekuni segala suruhannya. Maka balasan yang setimpal dengan amalan itu ialah syurga. Oleh itu, jadikanlah penghidupan di syurga itu sebagai idaman dan cita-cita kita, ketika di dunia ini lagi. Tiada lagi tempat yang lebih selamat, aman dan bahagia kecuali di syurga. Dan bersedialah kita menjadi insan yang bertaqwa mulai detik ini dan hari-hari yang mendatang. Nasihat dan peringatan ini juga adalah untuk diri ana khususnya. Mudah-mudahan apa yang ana garapkan ini dapat ana amalkan sehingga akhir hayat, InsyaAllah. Sehubungan dengan itu sekali lagi Allah swt memberi kekuatankepada ana untuk mencoretkan serba sedikit di blog ini. Sahabat sekelian dewasa ini umat Islam seluruh dunia menghadapi tekanan, penindasan,penghinaan dan kezaliman yang tiada henti-hentinya dari golongan kufar dan musyrik. Perasaan dan rintihan umat islam tiada siapa menghiraukan lagi, malah ada umat islam sendiripun turut membutakan mata dan memekakkan telinga mereka. Umat Islam sendiri sanggup melihat saudara seagama mereka disembelih,dicincang lumat,diperkosa dan diperlakukan sebagai binatang.Bantahan dan protes bagaikan hanya cerita-cerita nove dan cerpen di media-media massa semata-mata.Sedangkan tindakan itu hanya angan-angan dan impian saja. Inikah zaman yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu??
Bukti dan tanda-tanda zaman itu semakin nyata dan jelas. Tiada yang dapat kita ragukan. Memang benar,umat Islam hari ini telah cinta dunia dan takut mati. Dalam hati mereka telah hilang kemanisan iman, cahaya kebenaran dan hakikat kehidupan di akhirat. Jesteru itulah sesama umat Islam tiada lagi sikap bertolong-tolong sebaliknya bercakaran dan berbantah-bantah. Akhirnya kaum kufar mudah sekali menguasai kekayaan umat Islam diseluruh dunia.
Inilah tragedi yang amat menyedihkan hati Rasulullah s.a.w, hati-hati yang cintakan kedamaian, hati yang merindui syurga dan mengeruni neraka. Memang suara hati ini tidak lagi didengari oleh manusia kerana suara hati ini akan didakwa mengajak manusia kepada zaman kemunduran dan kejahilan. Hakikatnya ramai umat Islam jahil tentang kebenaran kerana digelapkan oleh kebendaan dan kemewahan hidup dunia. Meskipun demikian yang mereka mahukan tetapi belum ada kejayaan dan keagungan yang dicapai oleh mereka. Apa yang terjadi, ada tanah dirampas oleh kaum kufar. Umat Islam jadi pelarian di negara orang. Ada kekayaan dikuasai mereka. Akhirnya segala hak milik umat islam ditentukan oleh mereka. Apakah ini dinamakan kemerdekaan???kebebasan??kegemilanagan??. Jadi sebelum segala-galanya berlaku lebih hina dan dasyat lagi maka marilah kita kembali kepada Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w Inilah jalan pulang yang bukan meninggalkan segala kekayaan dunia, kemasyuran pangkat dan singgahsana tetapi meletakkan diri kita mulia dimata manusia dan dikasihi ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia