Thursday, 10 March 2011

Air mata mengalir lagi??


Assalamu'alaikum..

Pagi jumaat yang indah hari nie, mengira-ngira masa untuq masuk keje lagi. Seusai solat subuh, teringat pada arwah emak dan sahabat-sahabat seperjuangan yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya. Insan yang terlalu berjasa pada diri ini. Tidak sempat membalas jasa kalian semua yg telah mendidik diri ini sejak kecil dan mendokong perjuangan bersama. Hanya doa ku panjatkan agar Allah menempatkan kalian di kalangan mereka yang beriman. Moga kalian bahagia disana.. (Al-Fatihah)


Air mata mengalir,

Setiap kali aku sedih, mesti teringatkan mereka. Banyak sangat dosa aku selama ini. Air mata yang mengalir ini tiada siapa tahu tatkala hati terlalu sedih dan memendam rasa. Tidak mudah untukku ceritakan apa yg terpendam dihati ini. Hanya tangan yg mampu manulis, mencoret apa yg tersimpan di lubuk hati.

Air mata kekuatan,

Aku perlukan kekuatan. Alhamdulillah dapat sedikit ketenangan melihat wajah ayah dan anak buahku walaupun hanya beberapa hari. Tapi aku bukan seorang yang suka bercerita segalanya pada ayahku, begitu juga kepada kakak dan adikku. Dengan sahabat-sahabat?? tidak semudah itu juga. Adalah juga berkongsi suka dan duka tapi aku maish memilih untuk menyimpan rasa. Aku lebih suka memendam, biarlah kesedihan dan keperitan ini aku saja yang rasa. Allah kan ada bersama aku.

Air mata muhasabah,

Air mata ini mengalir dek terkenangkan dosa. Apakah aku akan berpeluang menikmati syurgaMu Ya Rabb. Izinkanlah aku terus berada di jalan da'wahMu. Kadang-kadang sukar untuk kuatkan hati melangkah gagah dan terus berjalan tetapi aku kuatkan juga hati ini untuk terus berada di jalan ini. Kekuatan akan tiba wahai diri yang sedih. Moga jalan da'wah ini menjadikan aku hamba yang lebih dekat padaMu Ya Rahim.

Air mata mujahadah,

Bermujahadah melawan hati dan perasaan ini tatkala rindu melanda diri. Adakah orang yang aku sayang dan rindu turut merinduiku?? Persoalan yang tidak boleh ku jawab. Bilakah ia akan berbalas?? Hanya Allah saja yang tahu. Aku tak mampu nak luahkan tapi, cukuplah mendoakan agar Allah memelihara iman dihatinya dan melindunginya,insya'Allah. "Ya Allah, rindukanlah aku pada orang yang merinduiMu agar bertambah cintaku kepadaMu".
.
Aku bersyukur Ya Rahman. Hati ini terusik dikala Engkau mengizinkan aku lagi untukku merenung kembali diri yang terlalu banyak sangat dosa dan salah. Aku berusaha menjadi hambaMu yang solehah. Bantulah aku Ya Rabb..Hanya Engkau tempatku mengadu dan meluah segala..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia