Sunday, 13 March 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa..Apa kata anda..?

 Korang dah tengok ker cter nie..?tentu blom lagi an..Teman agak dah, tengok muka sowg2 taw dah..haha..Wat pengetahuan korg semua Teman sudah menonton filem epik sejarah  terbitan KRU Productions nie..Bagi teman cter nie terbaik la dlam usaha KRU Productions untuk memartabatkan sejarah Tanahair kita..Syabas KRU...keep it up..Semoga lpas nie bnyak lagi cter2 yang berunsurkan sejarah tanahair kita di tayangkan di layar perak..(aceh..cm promoter filem plak..ada gaya x..??haha)..sape lagi yang nak martabatkan sejarah negara sendiri melainkan kita juga..Jadi teman kongsi la serba sedikit berkaitan cter nie....Teruskan membaca yea...: )


Hikayat Merong Mahawangsa

Ok la, untuk memudahkan korang, teman bahagi kepada beberapa bahagian yea. Tapi teman tak tulis la sinopsis cerita ni yea.

Jalan Cerita

Bagi teman, jalan cerita Filem Merong Mahawangsa ni tidak meleret-leret dan berbunga-bunga sangat. Santai dan kadang-kadang ada unsur jenaka di terapkan. Kira ada part dalam filem ni yang akan buat korang gelak la. Penuh dengan aksi-aksi yang menarik. Kira kalau korang tengok, tak bosan la. Kena dengan santapan orang kita la kiranya. Ada lawak, aksi, sedih dan macam-macam la. Ending dia mungkin ramai tak suka. Tapi bagi teman, takkan nak happy ending jew kan. So keseluruhannya memang mantap bagi jalan cerita.

Pelakon

Dari segi pemilihan pelakon pulak, bagi teman ok la. Watak utama dia teman xberapa kenal, tapi teman rasa banyak jugak la yang KRU Studio habiskan untuk dapatkan pelakon-pelakon nie semua. Tapi dalam ni ada pelakon dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, Che Nim. Lawak jugak dia nie. huhuhu… Ada penampilan istimewa dari Umie Aida.


Kualiti

Menggunakan CGI memang dah menjadi kepakaran KRU Studio sebenarnya, so part-part CGI ni teman tak leh nak komen sangat la sebab teman bukan pakar dalam hal ni. Kalau dari segi sound effect apa semua tu, tak la banyak dalam filem nie. Tapi ada dalam sesetengah scene yang teman rasa KRU terlepas pandang kot. Nanti kalau korang tengok, mesti korang perasan gak kot. Tapi biasa la kan, semua filem mesti ada kurangnya.

Jadi teman dengan berbesar hati la, teman nak bgi 4.5 bintang dari 5.

Cepat-cepat la booking tiket yea semua. Mesti penuh la wayang hujung minggu nie.  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia