selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw...
Alhamdulillah,dalam kesibukan meniti hari-hari di rumah..
hati terasa terpanggil untuk menulis pada malam ini.....
seringkali kita lebih menilai dan melihat agama seseorang itu dari penampilannya..
maksud saya...dari zahirnya .. penampilan luarannya...
jilbabnya...kopiahnya....Alhamdulillah...
bagusnya dia selalu tutup aurat...
quran selalu kat tangan...
namun..bukanlah agama itu dinilai semata-mata dari sekolah mana dia?dari negara manakah dia menuntut?anbiyakah???
dari labuh jilbabnya ker???
itu semua tidak menjadi guarantee..
tidak semestinya...

namun seringkali kita mendengar DALAM TAK SEINDAH LUAR..
"Dia harapkan jilbab jer besar,tapi perangai......"
lebih baik free hair...
kenapa hanya golongan ini sahaja yang diperhatikan???
kerana mereka nampak lebih membawa kepada islam..
melihatkan penampilannya sudah tahu dia adalah MUSLIM dan MUSLIMAH..
alangkah sedihnya..bila mana apa yang kita pakai,apa yang kita pegang menjadi fitnah kembali kepda kita...
seharusnya kita rasa malu dengan fenomena itu..
sebagaimana apa yang kita pakai..itulah perisai kita...
kenapakah ia berlaku?
dimanakah silapnya...

bila mana apa yang kita belajar,kita tahu ttidak diamalkan...
menjadikan kita terus JAHIL pada hari ini..
KEJAHILAN=KEBODOHAN=TIDAK TAHU..
KEJAHILAN yang dimaksudkan bukanlah bermakna tertutupnya PINTU AKAL SEMATA-MATA...namua..jahil yang dimaksudkan...
tertutupnya PINTU HATI untuk mengenal Allah(ma`rifatuallah)..
serta untuk memahami dan menuruti segala perintah dan suruhanNya...
kita belajar
kita mengaji
kita menuntut...pelbagai ilmu
ilmu tauhidnya,ilmu fiqhnya,ilmu akhlaknya dari seawal umur 6 tahun hinggalah ke besar melalui pendidikan islam,Syariah islamiah dan Quran sunnah...
namun,malangnya ilmu yang dipelajari tidak difahami dan dapat meresap ke dalam tiap-tiap hati untuk mengenal Allah..ilmu itu tidak dapat dizahirkan diterjemahkan melalui amal ibadah dan mujahadah....
ana sendiri merasa terkilan pada diri sendiri...bila mana...
ilmu yang telah ana pelajari dekat sekolah dulu..telah mulai luput dalam ingatan....
~banyak dah lupa~exam dah habiskan n dh lme tinggalkan skola...
dulu tidak menyedari betapa pentingnya....ilmu untk diamalkan..
bukanlah untuk kenangan semata-mata tetapi bekalan untuk hari mendatang...
ilmu berakhir setelah mana exam berakhir...
sebab telah habis dicurahkan kepada kertas peperiksaan..
alangkah ruginya......~
tetapi...
masih belum terlambat untuk kita berlari...
masih ada waktu untuk kita..
masih ada...sentiasa ada untuk kita
terus mengutip..dan terus belajar..
serta tidak lupa untuk mengamalkannya...chaiyok!!!!
Bukan kejahilan semata-mata..namun KEDEGILAN ..
turut menjadi sebab kenapa kita semakin terus jauh dari islam....
Degilnya kita untuk membuka mata..
Degilnya kita untuk mendengar kata..
Degilnya kita untuk menerima teguran..
bila mana pintu hati tidak mahu menerima apa yang benar..
maka hadafnya tidak sampai dan tidak tercapai..dan tidak terzahir...
ilmunya ada..tapi tetap tidak mahu berpegang..
maka..
kucar-kacirlah semua....
JAHIL dan DEGIL!!..naudzubillah
jangan jadikan apa yang kita sepatutnya lakukan menjadi fitnah kepada agama kita...
contoh lain..
jangan kerana kita bangun malam@qiamulail,menjadikan kita rasa letih dan mengantuk keesokannya...
sepatotnya,kita lebih bersemangat untuk hari esok..
jangan jadi fitnah kepada agama..bila mana kita telah baca dan hafal quran..
tapi masih belum mampu meninggalkan laranganNya...
seharusnya,kita memahami dan menghayati dan mengamalkannya..
jangan jadi fitnah kepada agama...seandainya telah bertutup litup...
sepatutnya kita faham dan mengerti hikmah hijab itu....
P/s:bangkit dari kesilapan lalu..lantas,mencari erti bahagia sebenar..
umpama meniti duri yang tajam lagi menikam,mencari kilaun permata dalam timbunan kaca yang tajam lagi berbisa ..lalu menyelam untuk mencari mutiara di dasar laut yang menghitam lagi mengelirukan..mencari dan terus mencari untuk menyingkap tabir bahagia dalam mengapai keredhaanNya.....
...''jagalah Allah,nescaya engkau akan temui Dia dihadapanmu.
kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang,nescaya Dia akan mengenalmu dalam keadaan sempit.
Ketahuilah segala sesuatu yang luput darimu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan luput daripadamu.
Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran,
kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran"
(riwayat Ahmad,AL-Hakim,al-Tabrani,Ibn Sunni,Ajiri dan Dhiya)
kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang,nescaya Dia akan mengenalmu dalam keadaan sempit.
Ketahuilah segala sesuatu yang luput darimu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan luput daripadamu.
Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran,
kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran"
(riwayat Ahmad,AL-Hakim,al-Tabrani,Ibn Sunni,Ajiri dan Dhiya)
Betulkan ana andai ana tersilap...
Waallhu`alam..
Assalamualaikum wbt..







No comments:
Post a Comment