Friday, 11 March 2011

marilah kita menunaikan dan menjaga solat...

Diberitakan oleh Sayyidina Uthman R.a. telah berkata ALLAH SWT menganugerahkan 9 kurnia keatas seorang yang menjaga solatnya dan mengamat-amati dalam menggerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan,iaitu;

  • Dicintai oleh ALLAH SWT
  • Menikmati kesihatan
  • Selalu dinaungi malaikat
  • Rumahnya diberkati
  • Nur taqwa bercahaya pada wajahnya
  • Hatinya lembut
  • Akan melintas ia titian sirat seperti kilat pantasnya
  • Diselamatkan dari siksaan api neraka
  • Jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang difirmankan Allah: "mereka tidak merasa takut dan tidak gundah gulana"(al Baqarah:8)

Rasulullah SAW bersabda: " solat adalah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat iaitu:
  1. Daya penarik pada wajahnya
  2. Teman didalam kubur
  3. Jalan turunnya rahmat ALLAH
  4. Timbangan bagi neraca amalan baiknya
  5. Jalan untuk mendapatkan keredhaan ALLAH
  6. Harga bagi syurga ALLAH
  7. Naungan terhadap api neraka
  8. Anak kunci bagi syurga
  9. Seorang yang sangat mengambil berat terhadap solatnya sesungguhnya dia menegakkan ISLAM
  10. Seorang yang melengah-lengahkan solatnya sesungguhnya merosakkan ISLAM
Menurut sebuah hadis terdapat satu daya sembuh didalam solat. Rasulullah SAW pernah melihat Abu Hurairah r.a. meniarap diatas perutnya. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah r.a.
" apakah kamu menderita sakit perut?jawabnya"ya"Baginda bersabda: "Bangunlah dan kerjakan solat kerana ia akan menyembuhkanmu."

Jadi apakah yang kita tunggu lagi wahai umat yang mengaku bahawa dirinya seorang islam.tetapi tidak pernah melakukan solat..Justeru itu marilah kita bersama-sama mengerjakan dan menjaga solat kita.Moga-moga segala amalan kita diterima oelh ALLAH SWT Pencipta sekalian makhluk..Amin Ya Rabbalalamin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia