Berpindahlah dari sebuah daerah kufur dan maksiat ke suatu daerah Iman dan Taqwa...
Sunday, 10 April 2011
DIMANA UMAT ISLAM...??
"selamatkan palestin..selamatkan palestin...selamatkan al aqsa"..berkobar-kobar semangat anda semua ye..siap bawa sepanduk nyatakan protes d konsulat amerika..tahniah..satu langkah yang berani..(bukan perli na)
seringkali kita mendengar ungkapan seperti itu,xkire r kt tv ke kt radio ke mahupun dari mulut orang..semangat berkobar-kobar dh nie nk berjihad,tapi sejauh mane kesungguhan kita untuk semua tu..hah..tepuk dada..bukan tanya selera(apalah)..tepuk dada tanya hati....betul ke aku nak jadi mujahidin..?betul ke aku nak jadi mujahidah..?adakah aku sanggup berkorban..?mmm..piunnngggg..berpusing-pusing soalan tu dalam kepala...
sebenarnya bukan lah niat ana untuk memperlekehkan semangat juang anda semua...tahniah kepada mereka yang bersemangat untuk menjadi mujahid mahupun mujahidah yang berjuang untuk KALIMAH TAUHID (menegakkan ISLAM,menjunjung sunnah RASULULLAH SAW n mendirikan kalimah ALLAH SWT)..teruskan usaha anda semua...
Pada entri kali ni ambo insan yang kerdil lagi dhaif ni ingin sangat berkongsi info dan semangat bersama-sama rakan-rakan seperjuangan semua.kita asyik sangat dengan perjuangan rakyat palestin sehinggakan kita terlupa pada saudara kita yang hampir.(p/s: bukanlah ambo menolak perjuangan rakyat palestin k).
Ye tepat,memang xdapat dinafikan bahawa Alaqsa adlah kiblat pertama umat islam dan mereka-mereka yang tinggal disana kebanyakkannya adlah saudara seagama dengan kita. Tapi jangan kita terlupa disekeliling kita ini juga ramai saudara yang seagama dengan kita,tapi kita terlepas pandang ataupun sengaja dilepas pandang..SIAPA..??anda xkenal..anda xtahu..?ish2...merekalah saudara kita yang sedang berjuang di PATANI DARUSSALAM, saudara kita yang sedang berjuang di ACHEH, dan mereka juga lah saudara kita yang sedang berjuang di MORO..
ramai antara kita xpernah hendak ambil peduli kn ..KENAPA..?ini kerana mereka ini telah dilabelkan sebagai penganas oleh tentera KUFFAR laknatullah..kenapa mereka dituduh sebagai pengganas,sedangkan mereka berjuang untuk menuntut kemerdekaan negara mereka..apa dosa mereka sehingga dibunuh tanpa mengenal usia..
INGATKAH lagi kita dengan tragedi pembunuhan umat islam selatan thailand di TAK BAI..?di narathiwat..?di yala..xlupa juga mereka yang berjuang bersama-sama kumpulan abu sayyaf (untuk menuntut kemerdekaan kepulauan sulu) dan mereka yang berjuang untuk kemerdekaan ACHEH ( GERAKAN ACHEH MERDEKA-GAM)...dimana OIC, dimana orang islam..?dimana jerit suara keamanan..?semuanya senyap menyepi,senyap membisu..
jadi disini hamba yang kerdil lagi dhaif ini ingin berkongsi serba sedikit tentang rentetan peristiwa berdarah di tak bai...inshaAllah pada entri yang akan datang ana akan menyambung tajuk ini lagi ( mengapa mereka berjuang)
BUKA MATA ANDA SELUAS-LUASNYA..
Tragedi Tak Bai tanggal 24 Oktober 2004 yakni pada bulan Ramadhan akhirnya membuka mata masyarakat dunia umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya terhadap pergolakan di Selatan Thai. 85 orang telah terbunuh pada hari berkenaan akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.
Sebelum itu, Tanggal 28 April 2004, lebih dari 100 anggota tentera dan juga polis Thailand menerobos masuk ke Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani. Atas tuduhan melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru mereka. Sebahagian dari mereka sempat mencari perlindungan di Masjid Krisek iaitu sebuah masjid tua peninggalan abad ke-17 yang juga dikenal sebagai Masjid Mudzaffar Syah. Letaknya di Kampung Grisek (Krisek), Pattani. Ia adalah salah satu peninggalan Kesultanan Kerajaan Islam Pattani yang masih ada.
Kes terbaru, 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam pada 1 Jun 2009.
Setelah beberapa bulan berlalu, berita-berita dari Selatan Thai kembali sepi ditelan waktu. Bukan disebabkan pergolakan di sana kian reda tetapi kurangnya pihak-pihak yang mahu tampil membantu menangani isu ini secara serius. Air mata umat Islam di lima wilayah ini tidak pernah kering. Setiap hari, ada sahaja umat Islam yang terkorban baik yang dibunuh secara berhadapan, dibunuh secara diam-diam, hilang diculik dari rumah dan tidak pulang-pulang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment