Saturday, 7 May 2011

Kembara seorang musafir



Setiap kali bermusafir, cabaran yang paling besar adalah untuk membawa diri, di tempat baru, dengan kenalan-kenalan baru. Biasalah, masing-masing yang berlainan latar belakang pasti mempunyai sikap dan sifat yang pelbagai. Kadang-kadang pertama kali melihat wajah mereka, kita dah ada assumption tersendiri, sama ada garang, sombong, pendiam dan sebagainya. Tapi, kita selalu diingatkan dengan pepatah Bahasa Inggeris; don’t jugde a book by its cover’.A prejudgment, bukanlah suatu perkara yang baik kerana ia akan set mind kita. Bimbang kita tidak boleh nak tune lagi selepas itu, tetap dengan mindset kita sebelum ini. Bukankah itu akan menjadi penghalang kepada ukhuwwah kita untuk lebih erat?

Bagi saya, yang penting kita sendiri perlu pandai membawa diri. Selalunya dengan orang yang banyak atau suka bercakap, saya akan lebih banyak mendengar, respon apa yang perlu sahaja. Rasanya saya memang sangat pendiam dengan orang yang baru dikenali. Tapi, dengan orang yang kurang bercakap, saya pula yang akan lebih banyak bertanya dan bercakap. Kalau dua-dua diam, tak kenal maka tak cintalah jawabnya. Mula-mula memang kita sendiri akan berasa kekok, tapi lama-kelamaan bila kita dah selesa, insyaAllah masing-masing akan sedia menerima antara satu sama lain.

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Surah Al-Hujurat, ayat 13)


Alhamdulillah... Musafir saya baru-baru ini memberikan saya satu lagi pengalaman yang penuh makna. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Maklumlah, saya masih begitu "muda remaja" dalam melalui kehidupan di dunia ini, banyak sangat yang masih perlu belajar. Jadi, musafir sebegini salah satu caranya.


Apa yang saya suka apabila bermusafir adalah dapat belajar daripada kehidupan orang lain. Dulu sebelum saya bermusafir,saya sering membaca buku atau artikel tentang kisah-kisah pengembaraan orang lain. Banyak pengalaman yang mereka perolehi dikongsi bersama.Alhamdulillah saya berkesempatan untuk melawat ke Medan, Indonesia pada tahun lepas. Banyak infomasi dan pengalaman yang dapat saya kutip sepanjang berada disana. Sangat terkesan dengan kehidupan yang dilalui oleh mereka disana. Kalau nak dibandingkan dengan kehidupan kita dengan mereka, memang jauh sangatlah. Kita ni boleh dikatakan serba mewah dan lengkap. Mereka hidup didalam serba kekurangan dan menyedihkan.Walaupun hidup susah tetapi sangat menjaga solat. Benarlah dikatakan solat itu adalah penolong dan dapat mencegah kita daripada perkara mungkar.

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'." (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

"...Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar..."
(Surah Al-Ankabut, ayat 45)

* anak-anak medan*



Alhamdulillah, masih ada tempat berteduh. Berapa ramai lagi orang yang merempat di luar sana...

Bukanlah harta dan kekayaan itu yang menjadi faktor kepada sebuah kebahagiaan atau jaminan kepada tanda berjayanya kita di dunia ini. Dan kebahagiaan itu sangat berkait rapat dengan ketenangan jiwa, rasa qanaah, bersyukur dan redha dengan segala ketentuanNya. Bukan semua orang mampu memilikinya.

Ketika bermusafir baru-baru ini, banyak rumah yang saya lihat seperti gambar di atas, malah ada yang seperti bangsal. Lantai rumah berlubang sana sini, bilik air tak berbumbung... Terlintas juga di hati saya, "Bagaimana mereka boleh hidup sebegini?" Namun, yang lebih membuka mata saya adalah cara hidup mereka. Walaupun sebegitu, mereka tetap melaksanakan tuntutan agama sebaiknya. Salah satunya adalah kerja-kerja dakwah untuk meninggikan Islam di muka bumi ini.


Allahu Rabbi! Jika mereka yang serba kekurangan mahu dan mampu untuk bekerja untuk Islam, kenapa tidak kita yang dikurniakan pelbagai kelebihan ini? Kenapa tidak kita yang hidup dengan selesa ini? Tidak sanggupkah kita berkorban atau bersusah payah, walaupun sedikit untuk Islam?


Ada antara kita lebih dari segi harta, ilmu, kemahiran, masa dan sebagainya. Dan yang paling utama adalah kefahaman kita tentang tuntutan dakwah itu sendiri. Bukan semua yang terpilih. Hargailah segala kelebihan yang Allah telah kurniakan dan manfaatkanlah ia untuk meninggikan Islam di muka bumi ini. Usahakanlah agar kita mampu, tidak cukup sekadar tahu dan mahu. Semoga Allah permudahkan. Ameen...

Jadi kita renungkanlah bersama, sejauh mana sudah kita berada sekarang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia