Tuesday, 7 June 2011

~Belajar dari alam~

Belajar dengan cicak


Manusia dapat belajar daripada cicak. tetapi apa yang kita dapat belajar bukanlah imaginasi 'manusia cicak' yang tidak berpijak dibumi yang nyata. itu hanya kreativiti imaginasi manusia yang kadang-kadang tidak mengingatkan kita kepada yang Maha Esa. segala sesuatu tidak ALLAH ciptakan dengan sia-sia, melainkan ada pengajaran dan pembelajaran buat manusia yang sentiasa berfikir.

perhatikan cicak yang melekap disiling atau di dinding. cicak memiliki kaki yang cukup unik. dapat melekat, melompat dan mendakap dengan begitu kuat dan cekap. aneh sekali, makanan cicak ialah nyamuk, kumbang kecil, lalat dan sebagainya.

kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di siling mampu memburu mangsanya yang boleh terbang. bukankah lebih sesuai jika ALLAH kurniakan untuk cicak sepasang sayap supaya cicak mampu terbang bagi memburu mangsanya? barulah dikira adil kan?.

tetapi ALLAH SWT Maha Mengetahui. sesungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap, ALLAH mengurniakannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapatkan rezekinya. seolah-olah cicak tidak pernah mengeluh kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezeki. secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya. sebaliknya cicak memfokus pada kelebihannya. hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya. ini yang kita dapat pelajari daripada cicak.


sebagai manusia, kita ada kelebihan dan kita juga ada kekurangan. untuk berjaya, kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. bukan memandang kekurangan lantas melemahkan semangat motivasi diri kita. mungkin kita miskin, tetapi itu bukanlah batu penghalang untuk berjaya. sudah berapa ramai anak petani, anak tukang kebun yang berjaya didalam pelajaran dan hidup mereka. semua buktinya ada di depan mata kita. tinggal untuk kita buka mata dan berfikir lantas memulakan langkah menuju kejayaan. pertajamkanlah fikiran kita untuk berjaya. kita asyik sangat memandang tangga kejayaan tetapi kita tidak pernah berfikir bagaimana untuk diri kita mula mendaki tangga itu. kalau tak dimulakan bila pulak kita nak berjaya kan. jadi ayuh sahabatku semua, semoga ALLAH memberkati dan memudahkan usaha kita.

Jangan jadikanlah kekurangan sebagai satu alasan untuk kurang berjaya , tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan ataupun driver kita untuk berjaya. selamat berjaya kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia