Monday, 13 February 2012

Indah Kematian


Assalammualaikum sahabat ana diluar sana..malam yang dingin ini ana ingin berkongsi entry terbaru tentang indahnya kematian. Sesungguhnya kematian itu pasti menjemput setiap makhluk yang bernyawa. Kerana itu janji Yang Maha Pencipta. Ada orang takut mati seolah-olah mereka ingin hidup sampai bila-bila, ada golongan yang sangat merindui kematian dan ada golongan yang tidak pernah memikirkan akan ia. Jadi dimanakah kita tika ini? Golongan yang mana?kemana arah tuju kita selepas kematian datang menjemput?apakah kita sudah cukup bersedia..?gi mana agaknya keadaan kita tika dijemput nanti...adakah sedang melakukan amal ibadat ataupun sedang bergelumang dengan dosa..?tepuk dada tanya diri sendiri..pasti ramai diantara kita selalu o pernah menziarahi orang meninggal dunia tidak kiralah ia berlaku diantara ahli keluarga sendiri, sahabat andai o jiran tertangga. Tapi adakah kita pernah terfikir untuk mengambil ikhtibar dari peristiwa kematian itu..?sepatutnya kita semakin insaf dan banyak bermuhasabah diri tatkala merenungi kematian. " Orang yang paling bijak didalam dunia ini ialah mereka yang selalu mengingati kematian..".. Sebenarnya perkara yang paling dekat dengan diri kita adalah KEMATIAN..




Lihatlah kematian berdiri.
bagai turus-turus cahaya antara ranjangku.
dengan jarak tiada batas.
tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran.


kepak sayap-sayapnya.
dekati aku, dan ucapkan selamat tinggal buatku.
cium mataku dengan seulas senyummu.
biarkan anak-anak merentang tangan-tangan mungilnya buatku.
dengan kelembutan jemari merah jambu mereka.



biarkanlah
masa meletakkan tangan lembutnya di dahiku dan memberkatiku.
biarkanlah perawan-perawan mendekati.
dan melihat bayangan tuhan dalam mataku.
dan mendengar gema iradat-Nya berlarian dengan nafasku

SEMOGA ENTRY KALI INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI aNA SENDIRI DAN JUGA SAHABAT SEMUA..INSYAALLAH...gambar dibawah ini adalah sebagai hiasan semata-mata..





p/s : Marilah kita mengingati agar tidak mudah lupa bila akan datang saat kematian kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia