Friday, 11 March 2011

Apa dah jadi nie...??

    3 hari ke 3 tahun nie..?apa!!3 tahun..lame tol diorg tak bertegur sapa ye..apa masalah diorang tu sebenarnya..ops...mesti kalian semua pening kan apalah yang teman nak citer nie...begini di opis tempat teman keje nie adalah 3 orang sahabat baik sangat(akrabla katakan).mula-mula teman masuk keje kt situ diorang nie memang rapat la...orang terengganu kate 'rapat jig' haha...ontahla,angin xdo apo xdo tibo2 jo diorang nie macam dh xkenal satu sama lain.xbertegur sapa.orang kate pantang jumpe mesti ngata blakag pahtu...ish2..fenin2..mcm2 maslah tol dlam dunia nie..jadi teman xmau fenin2 pale,teman pon ty la sorg ustaz nie (ustaz syed mohd fadzli al-yamani) apakah hukumnya kalau kita sesama muslim tidak bertegur sapa..?

Teman: Apakah yang dimaksudkan tentang orang islam yang tidak bertegur sapa melebihi 3 ari?

Ustaz: Allah swt menyifatkan orang beriman itu saling bersaudara dan dituntut agar berdamai sekiranya berlaku perselisihan. Firman Allah swt yang bermaksud: " Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah ( perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat."(surah al-Hujurat 49:10)

Nabi Saw seperti yang diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir, bersabda yang bermaksud: " perumpamaan orang mukmin dalam kecintaan,kasih sayang dan pertolongan mereka adalah seperti satu tubuh. apabila salah satu anggota merasa sakit, maka seluruh badan akan merasakan kesakitannya."(riwayat al-Bukhari,3/226)

Perpecahan dan pergaduhan amat dilarang oleh islam dan hukumnya adalah HARAM. dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Tirmizi, diceritakan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: " tidak halal bagi seorang muslim itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maa berpaling seorang ke arah lain dan seorang lagi ke arah lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini adalah sesiapa yang memulakan salam."

Tidak bertegur sapa melebihi tiga hari menurut hadis ini adalah HARAM. Manakala memberi salam dianatara kedua belah pihak yang bergaduh sudah cukup sebagai syarat perdamaian. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud,"Silarturahim itu tergantung di Arasy lalu berkata,'Sesiapa yang memutuskannya,maka Allah akan memutuskannya."(Riwayat al-Bukhari 4/112)

Dalam sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Telah dibuka pintu syurga pada hari isnin dan khamis, maka diberi pengampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu,melainkan keatas dua orang yang tidak bertegur sapa. Maka dikatakan kepada pintu syurga,tolaklah kedua-dua orang itu sehingga mereka kembali berdamai."

Setiap individu harus memiliki sifat terbuka dan suka memaafkan disamping kuat sangkaan baiknya terhadap sesama Muslim tanpa perasaan hasad dengki. Dengan demikian nescaya kita tidak akan terperangkap dalam kancah permusuhan,sebaliknya persaudaraan yang akan terus kukuh dan teguh sesama umat islam.

lebih kurang begitu la jawapan dari ustaz..terima kasih ustaz di atas pandangan yang diberikan..ohhh ya,kembali kepada kawan2 teman td.teman harap korang semua dapat kembali bersama semula.Kan xmanis duduk satu bumbung tapi masam muka.janganlah dilayan sangat rajuk hati tu...buangkan rasa EGO dalm hati tu..xpayah masam-masam muka lagi,kalau kopi yang pahit tu boley kita tambah gula. Tapi kalau muka yang msam nk tambah gula pon xhilang g masamnya...haha...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia