Saturday, 12 March 2011

Hidup adalah ujian membuat pilihan

Ahhh...berserabotnye pale...yang mane satu nie nak pilih..kalau pilih yang nie nanti ugi plak xplih yang tu...ishh..pening-pening.. Hah mesti kita slalu menghadapi masalah seperti nie kan..Jadi buntu dalam membuat sesuatu pilihan xkiralah kita hendak memilih ape2 pon.Kadang-kadang tu kita terpaksa memikir sehingga berhari-hari lamanya..Jadi pada entri kali nie,teman ingin berkongsi bersama kalian semua tentang tips membuat keputusan..Teman harap post nie dapat sedikit sebanyak membantu kalian dalam membuat keputusan..

Tip Membuat Keputusan
Pernahkah anda bingung dalam membuat pilihan?berikut disediakan beberapa petua yang cukup praktikal untuk diamalkan ketika membuat keputusan.

Pertama: Solat Istikharah
Solat istikharah patut menjadi keutamaan seorang muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik buat kita. Ini dijelaskan lagi dengan firmanNya yangh bermaksud: "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik buat kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui ( semuanya itu),sedangkan kamu tidak mengetahuinya."(surah al-Baqarah 2:216)

Kedua: Musyawarah
Musyawarah,syura,bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat sebarang keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak .Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh,ilmuan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibubapa dalam membantu kita membuat keputusan.

Ketiga:Dengar kata hati
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. Bukan sembarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya kerana ikut hati mati.Hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu,solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.

Pesanan:Tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi laranganNya.

   Itulah sedikit sebanyak tips yang mampu teman kongsikan bersama.Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan.Dikiri dan kanan ada banyak duri,banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada pada tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.Sedarlah!kawallah! hidup ini menuntut kita membuat pilihan.Pilihlah jalan yang memberi bahagia didunia dan akhirat. Jauhilah pilihan yang kabur,mencari sedap yang hanya seketika,tetapi derita selama-lamanya.Jangan banyak memberi alasan kerana semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah rahmat dan bantuan daripada Tuhan.Buatlah keputusan yang bijak wahai sahabatku..selamat beramal.: )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia