Saturday, 25 June 2011

secret of the secret



assalamualaikum sahabat semua..ahlan..ahlan kepada anda semua yang melawati blog ini. terima kasih semua. pada malam ini hamba yang fakir ini ingin berkongsi serba sedikit tentang ilmu tasawur yang hamba petik dari buku secret of the secret. ini diceritakan daripada Penghulu Segala Wali, iaitu SULTAN WALI SYEIKH MAHYUDIN ABDUL QADIR AL-JAILANI.

hamba tidak pandai untuk menghurai dengan panjang lebar kerana ini bukanlah bidang kemahiran diri ini. cukuplah sekadar perkongsian melalui apa yang hamba temui ketika menggerudi buku ini:

serba sedikit cerita tentang beliau, yang telah diriwayatkan oleh pelayannya yang setia, Abu al-Ridha:

suatu hari ketika berkhutbah, syeikh berhenti ditengah sebuah kalimah lalu berkata, " Aku tidak akan melanjutkan kecuali jika kalian memberikan seratus keping emas saat ini juga." orang-orang bergegas mengumpulkan seratus dinar dan meltakkannya di tanganku. mereka lalu terpaku kebinggungan. mereka menatap syeikh dengan takjub. kubawa wang itu kepadanya. tetapi dia mengembalikannya dan berkata, " hai Abu al-Ridha, pergilah ke pemakaman al-Syuniziyah. di sana, kau akan bertemu dengan seorang tua yang meniup seruling di kubur. berikan emas ini kepadanya dan ajaklah dia untuk menemuiku."

aku bergegas ke pemakaman itu. benar saja, kulihat seorang tua tengah meniup seruling dan menyanyi di kuburan. ku ucapkan salam dan ku serahkan kantong berisi emas itu kepadanya. dia terperanjat, melaung panjang lalu jatuh tak sedarkan diri.

ketika dia sedar, aku menghantarnya kepada syeikh Abdul Qadir, yang memintanya untuk naik ke mimbar. Orang itu menaiki anak tangga dengan seruling dibahunya. Syeikh berkata kepadanya, " sahabatku, berceritalah kepada mereka."

Peniup seruling itu pun bercerita bahawa dimasa mudanya, dia adalah seorang peniup seruling yang hebat dan terkenal. Namun, ketika usianya meningkat, tak seorang pun yang menyewa atau ingin mendengarkan nyanyiannya. Kerana sedih dan merasa diabaikan semua orang, dia bersumpah tidak akan meniup dan mennyanyi untuk sesiapapun kecuali untuk orang mati. dia datang ke kubur.Ketika dia duduk disana sambil menyanyi dan meniup seruling kubur yang paling dekat dengannya terbelah! penghuni tanah perkuburan itu mengangkat kepalanya dan brkata," apakah kau akan terus bernyanyi untuk orang mati sepanjang umurmu?bernyanyilah sekali saja untuk Yang Maha Hidup, untuk ALLAH , nescaya dia akan memberimu jauh lebih banyak daripada apa yang pernah kau terima selama ini, bahkan lebih banyak daripada apa yang pernah kau harapkan!" Ia terkejut, takut dan jatuh tak sedarkan diri. ketika sedar ia menyanyi semula :

Wahai Tuhanku, kelak ketika aku bertemu denganMu, tak ku miliki bekalan sedikit juga, kecuali permohonan dan harapan akan rahmatMu.

Semua harapanku terhimpun pada kehadiranMu, rugilah aku jika harapanku hampa! jika hanya orang baik yang diperkenankan memohon dipintuMu. kepada siapakah para pendosa harus mengetuk pintu permohonan!

Wahai Tuhanku, jika dihari kiamat aku menghadapMu dengan rasa malu, mungkinkah Engkau tak berkenan menyelamatkanku dari api neraka?





Abu al-Ridha melanjutkan cerita orang itu:

dihujung bait inilah aku datang kepadanya membawa seratus dinar emas dari majikanku sebagai imbuhan atas nyanyiannya untuk tuhannya. kerana takjub, dia tak sedarkan diri.

Seraya menangis, peniup seruling itu bertaubat, dia baling serulingnya ke tanah hingga patah. Syeikh berkata, " Jika seperti ini pahala Allah bagi keikhlasan seseorang yang menialani hidupnya dengan permainan, apa kira-kira pahala bagi hamba Allah yang jujur dan soleh selama hidupnya? pertahankan ketulusan dalam hatimu, kerana tanpa keikhlasan kau tidak akan bertambah dekat kepada Tuhanmu walaupun sedepa."

itulah serba sedikit isi kandungan buku tersebut. Menarik sekali buku ini. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah baca sendiri ye...terdapat banyak cerita-cerita yang best dan inshaAllah membantu kita untuk dekat kepadaNYA.

sekian ja dari hamba yang fakir n dhaif ini. Waallahualam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ulama Wasatul Anbia