Berpindahlah dari sebuah daerah kufur dan maksiat ke suatu daerah Iman dan Taqwa...
Tuesday, 21 June 2011
SULTAN SALAHUDIN AL AYUBI-PEMBEBAS JERUSALEM
assalammualaikum...malam nie hamba yang dhaif lagi fakir nie tergerak hati untuk berkongsi info tentang seorang lagi tokoh besar Islam. Siapa lagi kalau bukan Sultan Salahudin Al Ayubi.Sebut nama beliau siapa yang tak kenal..?betul kan..kan...tak kenal maka tak cinta, jadi izinkan hamba untuk berkongsi serba sedikit:
Nama sebenarnya Yusof, lahir di tikrit(iraq) pada tahun 543H/ 1138M. Ayahnya, Najmuddin ayyub yang berbangsa kurdis berasal dari Azerbaijan. Datuknyaberpindah ke baghdad dengan membawa dua orang putera bernama Najmuddin Ayyub ( ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera.
Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin ( seorang panglima tentera) dengan ilmu ketenteraan dan di asuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Semasa kecil sehingga meningkat remaja, kehidupan Salahudin sama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur apabila dewasa kelak.
Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salib di Hittin pada 4hb Julai 1187. kejayaan ini membawa kepada jatuhnya BaitulMaqdis pada 15 Oktober 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah. Itulah serba sedikit tentang Sultan Salahudin AlAyubi. Hajat hati memang nak citer panjang,tapi xbape geti na la...
Mari kita imbas sedikit sejarah Juerusalem. Ketika kota Jerusalem ditawan oleh tentera salib pada 15 Julai 1099 keadaan begitu menyayat hati.Tentera salib bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama islam termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak. Pembunuhan kejam itu dilakukan selama seminggu sehingga tidak ada lagi penduduk islam di kota Jerusalem yang terselamat.
Menurut Ibnu Athir didalam bukunya Al-Kamil fit Tarikh, sebelum sampai ke kota Jerusalem, tentera salib dibawah pimpinan Raja Reymond menakluk satu tempat bernama Maaratun Nu'man. Di situ mereka membunuh lebih seratus ribu umat islam dan melemparkan mayat-mayat mereka ke dalam api."
Tetapi apabila kota Jerusalem berjaya oleh tentera islam pada 15 Oktober 1187, berlaku sebaliknya. Salahudin Al Ayubi memerintahkan tentera islam memberi layanan yang baik kepada tawanan. Tidak ada seorang pun penduduk kristian di Kota Jerusalem yang dibunuh ataupun dianiaya. Sebaliknya penduduk Kristian termasuk tentera salib yang ditawan dibenarkan meninggalkan kota Jerusalem dengan membayar tebusan mengikut kemampuan masing-masing.
Selepas berjaya menawan kota jerusalem dan mengikat perjanjian perdamaian dengan tentera salib, Salahudin Al Ayubi kembali ke Damsyik. Walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari Mesir hingga ke Yaman namanya masyhur kerana kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis daripada tentera salib namun dia tetap memilih hidup yang sederhana.
Pada 16 safar 598 Hijrah beliau jatuh sakit. Beliau meninggal dunia pada malam 27 safar 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syria.
Izinkan saya memetik beberapa kata-kata yang pernah diucapkan oleh Nabi Muhamad Rasulullah SAW.
NABI MUHAMMAD BERKATA, " bARANG SIAPA YANG BERCITA-CITA MATI SYAHID KERANA ALLAH, NESCAYA AKAN DILETAKKAN OLEH ALLAH KEDUDUKANNYA DI TEMPAT PARA SYUHADA SEKALIPUN DIA MATI DI ATAS TEMPAT TIDURNYA."
-direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi Nasai, dan Ibnu Majah
Itulah serba sedikit tentang beliau. jadi untuk taw lebih lanjut tentang beliau, bacalah buku Abdul Latip Talib- Salahudin Al Ayubi (penakluk Jerusalem).
Labels:
buku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment