ADAKAH ASB PERLABURAN YANG BAIK..??
Salam sahabat maya semua rasanya sudah terlalu lama ana tidak mengupdate blog nie. Alhamdulillah malam nie ana diberi kesempatan untuk mengupdatenye.Syukur pada ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita masih dapat melihat dan merasai nikmatnya hidup. Pada entri kali nie ana ingin berkongsi serba sedikit tentang isu perlaburan. Alkisahnya ana nie memang bukan ahli pada bidang ini, tapi sekadar perkongsian info sahaja. Bukan ke Sharing is caring. Sebut pasal perlaburan pasti terbayang-bayang pelbagai jenis bentuk pelaburan kan didalam fikiran anda semua. Xpe tak payah runsing nak fkir. Ana ingin berkongsi tentang pelaburan ASB.
Beberapa minggu sebelum nie ana berkesempatan untuk berdiskusi bersama sahabat ana tentang pelaburan ASB nie. Almaklumlah baru dapat dividen an..Abis penuh bank dan pejabat pos dengan orang ramai, semuanya nak menebus atau mengupdate buku pelaburan.
Apakah hukumnya pelaburan ASB?
Mengikut bekas Mufti Selangor, ASB itu adalah haram dan tidak jelas. Dan mengikut Mufti perak sekarang, hukumnya harus. Maka pilihlah. Cuma ingin saya peringatkan, bahawa semasa kita di depan Allah, mulut kita akan tertutup rapat dan pada masa itu mulut tidak boleh memberikan alas an kukuh. Tepuk dada tanyalah iman anda. Ditambah lagi, rezeki yang dibawa oleh kita ke dalam rumah kita sepatutnya satu rezeki yang bersih daripada sebarang keraguan. Seorang pengerusi Majlis Peasihat Syariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB.
Ini kerana:
• Akad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah yang diakui oleh 4 mazhab.
• Jaminan capital/modul oleh ASB menyebabkan akadnya bermasalah.
• Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30%. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Syariah Sruruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk didalam senarai kaunter yang jelas statusnya.
Menurut Ustaz Zaharuddin pelaburan ASB adalah HARAM dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividennya hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syarak kerana sebab berikut:
• Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30% kepada Maybank ( perbankan ribawi yang haram memonopoli industry)
• Commerce Asset Holdings Berhad ( konvensional)-1.11%
• British American Tobacco Berhad-1.07%
• Malaysian National Reinsurance Berhad-0.89%(insuran konvensinal)
Justeru itu,jika menurut ukur rujuk(benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesebuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Maka jumlah diatas sudah menjadikan pelaburan haram menguasai dana pelaburan ASB. Ini menyebabkannya menjadi haram. Bagaimanapun, kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah diatas.
Bagaimanapun minta maaf, saya katakana bahawa semua hujah diatas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB, iaitu aspek Aqad Pelaburan yang digunakan. Adakah ia mudarabah aatau musyarah atau apa? Perlu diingat bahawa jika akadnya tidak sah dari sudut syarak, maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industry halal atau haram ia dilaburkan.
Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospectus ASB , saya dapati bahawa termaktub capital(modal) pelaburan ASB adalah dijamin oleh PNB. Ini bermakna syarat dalam akad pelaburan ini telah telah bercanggah dengan syarat pelaburan mudarabah dalam islam.
Menurut Mazhab Syafiee,aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwakan oleh Majma’ Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke-9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia dating dari pihak ketiga dan dengan syarat ia tidak dimasukkan didalam kontrak mudharabah. Adakah ini dijaga oleh ASB ...tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Syariah. Sepatutnya jika Malaysia ingin menjadi Global Islamic Banking and Finance Hub sebagaimana diuar-uarkan oleh Dato’ Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. Gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja
Banyak lagi kaunter halal untuk melabur walaupun kurang sikit dividen. Biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi HARAM. Adapun berkenaan jaminan modal pelaburan yang tidak akan terlupus dan tidak akan hilang walau apapun terjadi, maka ia tidak menepati syariah.







No comments:
Post a Comment