Siapa hebat..?
Hah..angkat tangan siapa rasa dia hebat..tahniah bagi anda.. bila sebut ja siapa hebat ,terpikir juga hebat ke saya..?hebatkah dia,kamu..?ai, napelah tiba-tiba ja teringat suatu ceramah agama beberapa bulan yang lalu. Tajuknya kelebihan ilmu dan amal disisi ALLAH SWT. Dengar macam tak ada kena-mengenakan. Nak cerita panjang saya kurang mengingat,maklumlah memori card kecek saja.. tapi ada suatu bahagian yang begitu menarik minat saya didalam ceramah tu. Lebih kurang begini bunyi nye. “ada orang bila Allah bagi nikmat mereka lupa,mereka alpa malah mereka hanyut. Ada orang bila Allah beri kelebihan salah guna,bila Allah beri kelebihan ilmu pengetahuan dan amal kepada mereka, mereka rasa mereka cukup bagus,cukup hebat.” Ada kena mengena ke dengan tajuk di atas nu..?mmm..
Ada yang ALLAH beri kepandaian didalam ilmu pertahanan diri,kepandaian didalam agama, kepandaian berniaga dan banyak lagi lah. Allah beri mereka segala nikmat dan kelebihan berbanding dengan orang lain. Tapi, sayangnya mereka jadi bongkak, lupa diri. Ya betul, tak semuanya begitu tapi tetap ada segelintir yang akan jadi seperti itu. Lebih kurang sama dengan biji benih. Tak semua biji benih tu akan tumbuh membuahkan hasil yang baik, walaupun datang dari buah yang sama. Tak semua biji benih tu molek kalau kita tanam. Tepat, tak semua menjadi.
Tak salah kalau kita nak berasa diri kita bagus dan hebat. Dr Hm Tuah selalu cakap “bagaimana anda hari ni..?masih hebat dan luar biasa bagus tak..?”. lebih kurang begitulah. Tapi kalau kita hendak berasa seperti itu biarlah ada had nya. Bukan apa risau timbul pulak riak. Kan ke rugi. Segala amal dan ilmu yang kita perolehi menjadi sia-sia bila riak menguasai diri. Harus diingat segala ilmu yang kita pelajari hari ini adalah hak milik mutlak Sultan Wali Sheikh Mahyudin Abdul Qadir Jailani. Jadi tiada satupun milik kita. So, untuk apa kita berasa hebat dan bagus sangat cukuplah sekadar sahaja..
Ada orang kata dia cukup kuat,boleh tarik kapal terbang dengan rambut. Ada orang kata dia power, boleh duduk dalam air dalam tempoh waktu yang lama. Ada tu kata dia boleh terbang diudara sama macam burung. Wah,hebat sangatkah diorang nie..? suatu persoalan yang kadang-kadang memeningkan kepala untuk dirungkaikan. Apatah lagi orang teknikal seperti saya nie.. Diorang nie mungkin kurang sedar dengan apa yang diorang lakukan nie. Kalau nak dikirakan siapa paling hebat. Siapa cukup kuat, siapa cukup power, ada tak lagi dalam dunia ni..? Tentu saja ada. Kalau nak cerita siapa lagi kuat, gajah lagi kuat. Badan besar dan gagah, siap boleh tarik kayu balak lagi. Kalau nak cerita dia hebat boleh duduk dalam air dalam tempoh yang lama, hebat sangat ke..? abis, ikan-ikan yang ada dalam laut, dalam lombong, dalam sungai tu nak letak mane.
Ikan lagi hebat dari mereka, tinggal terus dalam air. Apa..?dia boleh terbang..eh, tak hebat lagi tu, tu burung yang terbang kat udara, lagi hebat bukan. Nah siapa lagi yang berani kata dia cukup kuat, cukup power, cukup hebat. semua ni boleh jadi parah silap-silap boleh terpesong akidah kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Hati-hati.. Kadang-kadang kita tak sedar dengan perbuatan dan perkataan yang kita lakukan. Hebat mana pun kita semua nie tak akan terjadi tanpa izin dan redha dariNya. Jadi kita masih ada masa untuk berfikir dimana kita pada tika ini..tepuk dada Tanya iman ( bukan Tanya selera la, makan saja yang di ingatnya..)







No comments:
Post a Comment